29 Mei…Tarikh Perginya Lagenda Seniman Agung, Allahy4rham Tan Sri P. Ramlee

 

Semalam, 29 Mei 2020 menyaksikan cukup 47 tahun lagenda seniman agung negara, Allahy4rham Tan Sri P. Ramlee pulang ke rahm4tullah.

Meskipun berdekad lamanya pemilik nama sebenar Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh meninggalkan industri seni tempatan, namun semua karyanya masih segar dalam ingatan kita semua.

 

Mari kita imbas sedikit informasi mengenai Allahy4rham.

P. Ramlee pada Mei 1954.

Sumber: wikipedia

P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Georgetown, Pulau Pinang. Selain dikenali dengan nama pentas P. Ramlee, Allahy4rham turut dikenali dengan nama lain iaitu Ramli Puteh.

Allahyarham telah mendirikan rumah tangga bersama Junaidah Haris (1947-1953) dan Noorizan Mohd. Noor (1955-1961). Selepas kedua-dua rumah tangga yang dibina itu menemui titik noktah, P. Ramlee berkahwin pula dengan seorang wanita yang tidak perlu lagi diperkenalkan, tak lain tak bukan, biduanita Allahyarham Puan Sri Saloma.

Pasangan lagenda ini mendirikan rumah tangga pada tahun 1961, namun 12 tahun selepas itu, P. Ramlee telah meninggal dunia akibat mengalami serangan jantung.

Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, yang kini berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Saloma Bridge.

Kepada anda yang merindui karya seniman agung ini, jangan lupa untuk menyaksikan pelbagai kompilasi filem hebat P. Ramlee di Astro Go dan On Demand.

Apa yang pasti, segala pengorbanan dan kerja keras P. Ramlee dalam berkarya akan terus dikenang dalam sejarah dan ingatan kita semua.

Semoga Allahy4rham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan tenang ditempatkan di kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*