“Isteri Selamat Bersalin” Dah Ada 2 Her0, Tomok Dapat Baby Perempuan Pula

 

Selepas mempunyai dua orang anak lelaki comel, penyanyi terkenal, Tomok akhirnya menimang seorang bayi perempuan siang tadi.

Teman isteri di wad bersalin

Menerusi posting di Instagram Tomok, dia telah memuat naik gambar semasa di bilik bersalin ketika menemani isteri tersayang, Ayu Abas yang sedang menanti kelahiran puteri mereka.

 

View this post on Instagram

 

bismillahirahmanirahim

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Selepas beberapa jam gambar tersebut dimuat naik, Tomok telah memberi bayangan bahawa isterinya sudah selamat bersalin menerusi IG story dengan mengucapkan syukur segala proses tersebut berjalan lancar.

Isteri Tomok juga turut memuat naik kembali ucapan-ucapan tahniah yang diberikan kepada mereka menerusi IG story oleh rakan-rakan terdekat. Mereka juga mengakui tidak sabar untuk bertemu dengan bayi perempuan pertama pasangan ini.

Terdahulu, Tomok dan isterinya telah mempunyai dua orang anak lelaki yang berusia 9 dan 5 tahun. Pasangan bahagia ini telah mendirikan rumah tangga sekitar awal tahun 2011.

Sumber : Tomok, Ayu Abas

Kredit: mediakita

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*