PENYANYI rock era 90-an Izzaka menghembuskan nafas terakhir pada usia 60 tahun di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak kira-kira pukul 11.45 malam Rabu akibat j4angkitan kum4n pada buah pinggang.
Bekas isteri Allahyraham, Hazana Mohamad Zabandi, 47, ketika dihubungi berkata Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 Mei lalu selepas mengadu sesak nafas.
“Saya datang melawat arw4h pada malam raya dan dia berada dalam keadaan separuh sedar jadi saya terus bawa dia ke hospital.

Izzaka pernah popular dengan lagunya yang berjudul Singkapkan Nur Suci sekitar tahun 90an.
“Tapi pada malam raya kesembilan tu, selepas raw4tan membuang nan4h, saya pergi melawat dia sekali lagi dan cuba bersembang dengannya tapi matanya tak terbuka, hanya air mata berlinangan,” katanya.
Allahyarham pernah berkahwin dengan Hazana dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki.
Jenaz4h akan dikebumikan sebelum Zuhur di Tanah Perkburan Islam Meru Raya, Ipoh.
Untuk rekod, Izzaka mencipta nama dengan lagu berjudul Singkapkan Nur Suci dan Bunga Dedap ciptaan Shaari Amri dan lirik S. Amin Shahab.
Allahyarham juga pernah berduet bersama Ziana Zain menerusi lagu Hadirmu.
sumber mstar
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral
Leave a Reply