Pelakon Linda Rafar kehilangan akaun Instagram miliknya yang mempunyai hampir satu juta pengikut selepas dig0dam.
Lebih menyedihkan, kata Linda, pengg0dam tersebut juga dikatakan berjaya mendapat akses masuk ke akaun peribadi miliknya lain.
“Bukan sahaja Instagram, akaun email dan Paypal saya juga dig0dam. Saya tak berhenti menangis dari semalam.
“Saya menggunakan kata laluan yang sama dengan Instagram untuk akaun tersebut. Hari ini saya baru nak buat laporan p0lis,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Menurut Linda lagi, dia juga sudah mengambil tindakan dengan menukar semua kata laluan akaun lain yang dimiliki bagi tujuan keselamatan.
Begitupun, menurut Linda, pengg0dam tersebut ada menghubunginya meminta sejumlah bayaran sekiranya mahu dikembalikan.
“Dia minta saya bayar AS$100,000 (RM426,750). Individu tersebut dipercayai dari Turki, tetapi bila cakap nak bayar, dia guna nombor telefon Malaysia Whatsapp dan ada group sc4mmer dalam tu,” katanya.
Semalam, Linda mended4hkan akaun Instagram miliknya dig0dam.
Ekoran insiden itu, Linda kini membuka satu akaun Instagram baharu menggunakan nama @lindarafarr.
Dalam pada itu, sejak semalam beberapa artis juga menerima mesej di Instagram yang disertai pautan khas dipercayai cubaan pihak luar mengg0dam.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral
Sumber: Gempak
Leave a Reply