Selepas Menteri Umum Warga asing masih dilarang sertai solat Jemaah, Ini reaksi NGO Rohingya

Sejak beberapa minggu lalu kebanyakan kes Covid-19 di negara ini membabitkan warga asing dan ia dilihat mendorong kerajaan mengehadkan kelonggaran sembahyang berjemaah di masjid hanya kepada rakyat Malaysia.

Pengerusi Kemajuan Islam Untuk Rohingya, Mohammad Islam, menjelaskan bahawa komunitinya memahami tindakan yang dilakukan oleh kerajaan bagi membendung penularan Cov1id-19.

“Kami memang memahami keputusan pentadbiran kerajaan mengenai solat jemaah dalam masjid hanya buat rakyat sahaja kerana ramai warga asing dikaitkan dengan Covi1d-19.

“Kami juga faham mengapa kerajaan membuat keputusan tersebut, iaitu bagi menjaga keselamatan negara Malaysia,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selain itu, Muhammad menjelaskan buat masa ini, warga asing boleh menunaikan solat di surau yang dibangunkan oleh komuniti masing-masing.

“Mereka boleh solat di tempat ibadat mereka sendiri, ada surau yang dibangunkan Rohingya sendiri dalam kawasan tertentu.

“Mereka boleh solat jemaah di situ dan saya rasa (warga asing) tidak perlu campur dengan rakyat tempatan sehingga kerajaan menamatkan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP),” katanya lagi.

Untuk rekod, warga asing menunjukkan peningkatan kes yang tinggi menerusi kluster depoh tahanan Jabatan Imigresen.

Kluster tersebut pertama kali dikesan ketika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan ujian selepas beberapa warga Myanmar yang dihantar pulang dari Malaysia, didapati positif virus tersebut.

Pengerusi Komuniti Islam Arakan Kaman Malaysia, Mohd Zakirhussein Mohd Ali, berpendapat kerajaan boleh membuka kembali surau dan masjid buat semua umat Islam dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Mungkin boleh adakan SOP baru seperti penjarakan sosial supaya semua umat Islam boleh solat jemaah bersama-sama di masjid,” katanya.

Menteri: Warga asing masih dil4rang sertai solat Jumaat, jemaah

Sembahyang jemaah dan sembahyang Jumaat hanya dibenarkan untuk warga negara sahaja, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah kelonggaran sembahyang di masjid atau surau turut melibatkan warga asing.

“Bila kita umumkan semalam, ia tak termasuk warga asing.

“Untuk solat Jumaat dan jemaah yang kita benarkan ini, hanyalah untuk warganegara Malaysia sahaja,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail berkata ia antara lain kerana jumlah kes positif Cov1id-19 di kalangan warga asing lebih tinggi berbanding warga tempatan, serta keutamaan kelonggaran yang diberikan kepada warga tempatan.

“Kalau warga mereka datang memenuhi masjid sampai tak ada tempat untuk warganegara kita, tak boleh.

“Jadi setakat ini hanya untuk warganegara Malaysia dan tidak untuk warga negara asing,” katanya lagi.

Mesyuarat mengenai prosedur operasi standard bagi sembahyang Jumaat dan sembahyang jemaah di masjid diadakan semalam, dengan keputusannya kini menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini, kedua-dua ibadah tersebut hanya terhad kepada 30 orang tetapi Ismail berkata mesyuarat itu, yang turut disertai oleh Menteri Hal Ehwal Agama, bersetuju secara prinsip bahawa jumlahnya harus berdasarkan ukuran masjid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Sumber : trendingsangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*