Terkini: KPM Umum UPSR Dan PT3 Tahun 2020 Dibatalkan – Menteri Kanan Pendidikan

Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, YB Radzi Jidin mengenai peperiksaan awam yang bakal berlangsung pada tahun ini akan ditunda hingga tarikh yang diberitahu.

Manakala, KPM mengesahkan bahawa Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun 2020 akan dibatalkan.

Untuk pengetahuan anda, seramai 450,000 ribu pelajar yang bakal menduduki (UPSR) tahun 2020. Tujuan KPM membatalkan peperiksaan ini adalah kerana ingin pastikan keselamatan anak-anak pelajar semua. (Rujuk video minit ke 06:30)

KPM ini memaklumkan Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan. Pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap penguasaan murid setelah mengikuti peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pilihan yang lain. 

 

Sidang media Menteri Pendidikan | 15 April 2020

[LANGSUNG] – Sidang media Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin | 15 April 2020#COVID19 #PKP

Dikirim oleh Bernama TV pada Rabu, 15 April 2020


Sumber: siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*