Memiliki kekurangan fiz1kal bukan penghalang bagi seseorang untuk terus berada dalam kesedihan. Sebaliknya mereka perlu menjalani kehidupan dengan penuh semangat dan yakin terhadap kebolehan diri sendiri!
Itu dilakukan seorang gadis, Hikmah Razlan yang pernah tular di media sosial beberapa bulan lalu kerana mempunyai penglihatan sebelah mata namun kekal berfikiran positif.

Solekan ‘natural’ untuk si cantik!
Terbaru, gadis berusia 21 tahun itu menjadi perhatian di laman Instagram milik seorang jurusolek artis yang dikenali sebagai Sakinah yang memberi ‘sentuhan’ istimewa pada wajahnya.
Kelihatan manis dengan busana serba ‘peach’, walau bagaimanapun jurusolek tersebut tidak berkongsi tujuan gadis itu melakukan transformasi pada wajahnya.
Posting berkenaan dihujani ratusan komen warganet termasuk beberapa artis turut memuji yang menyifatkan Hikmah cantik dengan cara tersendiri walaupun menghadapi kekurangan fiz1kal.





Tidak kira bagaimana sekali rupa kita, yang penting adalah kita mensyukuri segala nikmat dan kurniaan yang telah Tuhan jadikan buat diri kita kerana segala ciptaanNya adalah indah.
PERNAH tular dahulu kisah gadis istimewa ini bernama Hikmah Razlan,21, yang mempunyai penglihatan sebelah mata sejak dilahirkan, dia berasa bangga dapat menempuh tahun 2019 ini dengan baik dan tidak menjadikan kekurangan dirinya itu sebagai halangan untuk terus maju ke hadapan.
Menerusi laman twitternya, gadis yang merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka, Pahang ini mendapat penuh sokongan daripada rakan-rakan media sosial yang lain dan berharap dia dapat terus membawa dirinya dengan penuh keyakinan.




‘Tuhan menilai dari hati bukan rupa’

Nobody Can Be Like You!




Sumber: Instagram, Hikmah Razlan, Hijabista, Instagram via hiburan.allhmt
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral
Leave a Reply