“Kerana Allah, Dua Hati Menjadi Satu,”- 6 Hari Bergelar Isteri, Tasha Shilla ‘Payung’ Foto Kursus Kahwin Sebelum Diijabkabul

Memilih tarikh 28 Februari 2020, pelakon Tasha Shilla sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris di Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

 

Dengan sekali lafaz, pelakon, Tasha Shilla sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris pada majlis ringkas diadakan di Masjid Wilayah, di sini, jam 9.59 pagi ini.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali dan disaksikan Imam Besar masjid berkenaan, Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin. Tiada dulang hantaran diserahkan kedua pihak.

Manakala, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Anggun mengenakan persalinan rona putih rekaan Hatta Dolmat, Tasha atau nama sebenarnya, Nastashashila Abdul Razak bersyukur perancangan sejak beberapa bulan lalu berjalan lancar.

 

Berkongsi detik indah bersama menerusi Instagram, Tasha baru-baru ini ada memuat naik sekeping foto bersama Atiq ketika menghadiri kursus kahwin.

“Kerana Allah, aku dan dirimu dipertemukan, kerana Allah, hadirnya dirimu dalam hidupku sungguh menyenangkan.

“Kerana Allah, dua hati menjadi satu dalam agamaMu, Allah Allah Allah, Terima kasih Ya Allah,” tulisnya.

 

Foto tersebut melihatkan kedua-dua pasangan sama cantik, sama padan ini mengenakan baju sedondon bertemakan warna hitam.

Terdahulu, majlis resepsi yang bertemakan Melayu Tradisional diraikan meriah yang bertempat di The Great Hall, Zebra Square.

Tasha dan Atiq, masing-masing berusia 33 tahun, tampil mempesona bak mempelai diraja, menggayakan busana kuning emas tradisional melayu klasik.

 

 

 

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*