Lap air k3nc1ng guna jersi Liverpool, Uyaina Arshad poh0n maaf

Selepas beberapa babak lucu, romantis dan juga air mata, drama rantaian ‘Jujurlah Nikahi Aku’ telah pun memasuki minggu akhir. Siapa sangka naskah yang diadaptasi daripada novel ini sering kali menjadi trending di laman sosial khususnya apabila menyaksikan watak Nurin Asyfa (lakonan Uyaina Arshad). Dalam drama berkenaan, dia dilayan kasar gara-gara memiliki kec4catan pada bahagian tangan.

 

 


Walaubagaimanapun, pelakon Uyaina Arshad memohon maaf kepada peminat kelab bola sepak Liverpool yang tersinggung dengan babak mengelap air kencing menggunakan jersi pasukan itu dalam drama Jujurlah Nikahi Aku yang ditayangkan di saluran Astro Ria.

Uyaina, 27, berkata sebagai pelakon dia cuma menjalankan kewajipannya melakukan babak itu dan tidak menjangka akan menyentuh sensitiviti penyokong pasukan itu.

“Sebagai, saya cuma mengikut arahan yang diberikan pihak produksi. Mungkin lebih baik pihak produksi yang menjelaskan mengenai pekara ini.

 

“Tapi, secara peribadi saya ingin memohon maaf kepada mereka yang terasa hati dengan babak itu. Mungkin ia menyakitkan hati dan mengguris perasaan penyokong Liverpool,” katanya.

Terdahulu, tular babak mengelap air kencing menggunakan jersi Liverpool itu hingga membangkitkan amarah penyokong kelab itu di laman sosial

Malah, kecaman turut dilontarkan daripada pengikut sukan bola sepak lain.

 

Tidak ketinggalan, seorang individu fanatik turut memaklumkan dia sudah membuat laporan di laman web rasmi pasukan Liverpool berhubung perkara itu. Sekali gus perkongsiannya menjadi tular.

 

Sementara itu, pengarah drama terbabit, Rashid Sibir ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara berkenaan.

“Tiada komen buat masa ini. Mungkin selepas tamat episod akhir nanti barulah saya keluarkan kenyataan,” balasnya ringkas.

 

sumber: metro online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*