Anak Ramai Tapi Masih Cantik Bergaya, Adik Che Ta Curi Tumpuan Netizen

Siapa tak kenal adik beradik pelakon Rozita Che Wan yang semuanya cantik belake sehingga ada yang samakan keluarga ini dengan keluarga Kim Kardashin. Walaupun masing-masing tidak bergelar selebriti, namun mereka semua dikenali dan sering mendapat perhatian.

Kalau sebelum ini, Ruby Che Wan pernah viral kerana tampil berhijab labuh. Kali ini, giliran Datin Rohaiza Che Wan jadi bualan kerana masih kekal cantik walaupun anak ramai.

Anak ramai

 

 

 

Pernah ditemubual oleh Nona, Datin Rohaiza atau lebih mesra dipanggil Jaja berkongsi tips kecantikannya. Menurutnya, dia kurang mengambil makanan manis dan sering mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, rahsia beliau untuk kekal langsing juga kerana menyusukan anaknya. Tidak hairanlah, Datin Jaja masih cantik di usia 37 tahun.

Makin cantik

 

 

 

Datin Jaja juga akui anak-anaknya tidak banyak karenah dan juga ditolong oleh pembantu rumahnya. Bercakap mengenai penampilan, Datin Jaja sendiri suka untuk kelihatan cantik. Tidak terlalu berfesyen, tetapi suka kelihatan kemas setiap masa.

Rajin dan usaha untuk kelihatan cantik juga merupakan perkara penting yang harus dijaga menurutnya lagi.

Ada duit semua cantik – Netizen

 

Sumber: ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*