Isteri kepada pelawak Fad Bocey, Syaheera Rahman berkongsi berita gembira sedang hamil anak ketiga.
Menurut Syaheera usia kandungannya kini baru memasuki trimester pertama dan dia mengalami ‘morning’ sickness’ yang agak teruk.
Berita tersebut dikongsi Syaheera menerusi kemas kini terbaru di laman sosial Instagram (IG)nya pagi tadi (Sabtu), disampinng mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada suami tercinta.
Pada posting tersebut, Syaheera mengharapkan agar dia dan suami semakin matang dalam melayari bahtera rumah tangga.
“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-5 daddy…Moga Allah terus melindungi, memelihara dan merahmati rumahtangga serta keluarga kita.
“Dugaan sangat banyak tapi hanya kesabaran yang menjadi benteng utama. Semoga kita lebih matang dalam hubungan ni. Susah senang kita biarlah jadi kenangan,” tulisnya.
Tambahnya, tiada yang istimewa dalam sambutan ulang tahun perkahwinan kali ini tetapi cuma rezeki tidak ternilai daripada Allah.
Syaheera turut meminta maaf kepada Fad kerana tidak dapat melakukan persiapan untuk meraikan hari istimewa mereka kerana morning sickness yang agak teruk.
“Tak ada yang istimewa tahun ni tapi ada rezeki yang paling istimewa Allah bagi. Almost two months dan mommy mintak maaf tak ada special celebration.
“Nak bangun berdiri pun tak mampu lagi. Yes sangat teruk my first trimester. Semoga lebih kuat lepas ni. Banyak kerja tertunggak.
“Thank you daddy, uruskan semuanya…Urus makan minum mommy, anak-anak, sekolah anak-anak pun daddy siapkan.
Hanya Allah yang dapat balas. You are the best husband ever (walaupun gaduh confirm cakap bukan-bukan), I love you!,” tulisnya.

Selain itu, bagi menghargai ikatan kasih sayang sebagai suami isteri, Syahirah telah menghadiahkan sebuah MacBook Pro kepada Fad.
Malah, Fad atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam turut memaklumkan, hadiah tersebut bersempena ulang tahun perkahwinan dan hari jadinya.
“Alhamdulillah, rezeki dari cinta hati ku @syaheeraarahman, hadiah birthday dan anniversary katanya..esok 14/3 genap 5 tahun kite bersama.
“Alhamdulillah, ya Allah kekal kan kebahagiaan ini hingga akhir hayat kami, amiin.
“Nasib bagi hadiah hari ni,ingt jgk esok 14hb, kalau terlupe tarikh ni mungkin esok lain cerita dan hadiahnya.
“Satu lagi nak tanya,macam mana nk pakai bende alah ni yee?? Doakan yang baik2 buat keluarga sy ye..sy pon sentiasa mendoakan anda semua,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, peminat turut tidak lekang mendoakan kebahagian perkahwinan pasangan selebriti semoga kekal hingga jannah.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal.
Sumber: Gempak via MH
Leave a Reply