Seperti yang diketahui, rancangan hiburan popular I Can See Your Voice Malaysia (ICSYMY) ialah rancangan dimana selebriti tanah air dijemput hadir sebagai tetamu dan akan cuba meneka penyanyi misteri adakah mereka penyanyi sebenar mahupun sebaliknya.
I Can See Your Voice Malaysia kini sudahpun mewarnai dikaca televisyen siaran televisyen TV3 yang memasuki musim ketiga dan telah mengekalkan pengacara yang sering menghiburkan ramai iaitu Shuk Sahar dengan gabungan bersama selebriti, Sean Lee.

Rancangan ini juga tidak dinafikan telah mendapat tempat dihati ramai penonton Malaysia dan siapa menyangka pada malam tadi juga ianya dikatakan episod paling pecah setakat ini buat pengacara Jihan Muse.
Posting Jihan Muse buat ramai terhibur
Menerusi Instagram, Jihan Muse dilihat berkongsikan satu rakaman video dimana tetamu jemputan iaitu Siti Nordiana pada 8 Mac lalu yang dapat disaksikan setiap Ahad pada jam 9 malam.
Mark Adam dan Jihan Muse selaku penyiasat tetap menghiburkan ramai dengan perangai kelakar mereka namun tidak disangkakan juga, episod berkenaan membuatkan Jihan Muse sangat terhibur apatah lagi, dapat dilihat menerusi rakaman berkenaan, penyiasat tetap Yusry turut membuatkan ramai gelak besar.
Jihan Muse menerusi kapsyen memberitahu ianya merupakan moment paling pecah setakat musim ketiga ini yang mulai ditonton netizen sejak 16 Februari lalu.
“Paling pecah setakat musim ketiga ni. Hahahaha cayalah kak! Penyamar begini yang kita mahukan hahahaha! Berjaya buat kita simpan dia sampai ke penghujung,” ujar Jihan Muse.
Ternyata, video dikongsikan itu membuatkan ramai turut terhibur dan selebriti tanah air juga meninggalkan komen mereka.
Rakan selebriti gelak besar

Netizen geli hati dengan perkongsian Jihan Muse

Sumber: Jihan Muse
Kredit:HCL
Leave a Reply