Polis Bvru 4 Warga Asing Larikan Diri Selepas Jalani Saringan C0VID-19

SEPANG, 20 Mei (Bernama) — Polis sedang memburu empat pekerja warga Indonesia termasuk seorang wanita yang melarikan diri dari rumah kongsi di Sepang selepas menjalani saringan C0vid-19.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata syarikat kontraktor pembinaan jalan yang beralamat di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan itu menjalankan saringan C0vid-19 terhadap 26 pekerjanya yang tinggal di rumah kongsi tersebut pada 13 Mei lepas.

Pada 18 Mei, pihak kesihatan memaklumkan seorang pekerja warga Indonesia disahkan positif C0vid-19 dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima raw4tan.

Klinik Kesihatan Sungai Pelek juga telah mengarahkan syarikat membawa kesemua pekerja di rumah kongsi berkenaan menjalani saringan kali kedua di klinik tersebut pada 19 Mei.

“Pada masa yang sama pihak syarikat mendapati empat pekerja berusia antara 22 dan 27 tahun telah melarikan diri,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya saringan kali kedua itu mendapati dua warga Bangladesh positif C0vid-19 dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk raw4tan.

“Orang ramai diminta memberikan maklumat serta kerjasama kepada pihak polis supaya keempat-empat mereka dapat dikesan,” katanya.

Sumber: BERNAMA via SK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*