Sudah 2 kali tampil di TV. Walau diserang bertubi2, Tapi PM Muhyiddin masih tak bercakap perkara ini

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan sejumlah pelonggaran peraturan yang akan berkuat kuasa mulai 10 Jun di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), setelah hampir tiga bulan peraturan ketat untuk mengekang peny3baran Cov1id-19.

Masih tak sentuh isu plitik

Dua kali PM Muhyiddin Yassin tampil di kaca televisyen membuat perutusan penting sejak kembali dari tempoh kuarantin, sudah tentu jumlah penontonnya juga ramai.

Pada masa sama, PH ketika ini sedang berusaha menggulingkan beliau.

Dalam dua kali ucapannya, PM didapati:

– Tidak menyentuh hal politik

– Tidak menibai PH secara sindir mahupun terang-terangan

meskipun ini peluang besar untuknya menanam kemarahan rakyat terhadap PH.

Apa yang diucap adalah tentang ekonomi, kesihatan, keselamatan, negara, rakyat, rakyat dan rakyat. Rata-rata netizan menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin

Sebelum ini cara cakap PM8 berucap sepanjang PKPCovid19 ni sangat relaks; ada dua elemen yang saya rasa sangat penting iaitu

1) Sentuh hal-hal rakyat sahaja; bagaimana nak jaga diri, bantuan-bantuan kepada rakyat, cara nak jana ekonomi, Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, mak cik Kiah jual pisang goreng, Suami Masak Apa Hari Ni, bla bla bla.Ucapan ada doa yang dibaca tenang, yang ni terasa dekat di hati.

2) Tak sebut pasal politik kepartian; tak sebut kerajaan sebagai Kerajaan PN, tak sebut pasal Pembangkang walaupun ada je artikel-agenda PH yang viral, tak nampak berpolitik sepanjang PKP ini.

Dan ada sekurang-kurangnya satu kali ada kerendahan diri apabila menyebut ayat berbunyi (lebih kurang) begini “Walaupun kerajaan ini bukan kerajaan pilihan anda, anda harus tahu kerajaan ini sangat komited prihatin untuk menjaga rakyat…” Dan ada elemen memohon maaf daripada rakyat. Ingat tak?
Sekadar pemerhatian saya, sebagai seorang rakyat marhaen sahaja. Sebab saya rasa,

PM8 ni tampak abah-abah betul. Macam abah jaga anak. Rasa rilek dengar ucapannya, tak rasa kelam-kabut risau…
PM8 hantar hadiah kepada Sugu Pavithra, ingat? Oh, ini sangat win

Moga cepat Allah hilangkan pandemik Covid19 ini dari muka bumi. Tak larat dah tengok insan-insan mulia berkorban berjuang menjadi barisan hadapan… Dan tak larat dah tengok sebilangan manusia yang hentam sana-sini menuding jari

‘Yang Berhasrat Untuk Melancong Ke Luar Negeri, Tunggu Dulu’

Dalam perkembangan terkini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan sejumlah pelonggaran peraturan yang akan berkuat kuasa mulai 10 Jun di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), setelah hampir tiga bulan peraturan ketat untuk mengekang penyebaran Covi1d-19.

Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan. Bagaimanapun, bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara kita masih ditutup.

Sumber: MB

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*