Malaysia Boleh Bebas C0vid-19 Walaupun Tanpa Vaksin Jika Rakyat Tak Degil, Dan Ikut Cara Ini – Noor Hisham

Malaysia berupaya menghentikan penularan wab4k C0vid-19 tanpa memerlukan bantuan vaksin sekiranya rakyat patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Kesihatan Awam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham menjelaskan, rakyat perlu sentiasa patuh kepada SOP selain kepatuhan kepada amalan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu hingga 2 meter, pakai pelitup muka, kerap cuci tanya atau sanitasi secara berterusan, lapor MalaysiaGazette.

Jadi, ada kemungkin tanpa menggunakan vaksin kalau kita semua patuh kepada SOP dan juga kepada saranan kesihatan awam, maka kita juga boleh memutuskan C0vid-19 sepertimana SARS tanpa vaksin.

“Jadi tak mustahil untuk kita berjaya memutuskan C0vid-19 tanpa menggunakan vaksin tapi kalau ada vaksin lagi bagus.. tapi kalau tanpa vaskin pun kita mungkin boleh gunakan kaedah tersebut,”

Katanya sehingga kini Coronavirus-19 dan SARS masih tidak mempunyai vaksin namun SARS sebelum ini berjaya dibendung dengan tindakan kesihatan awam negara, tanpa menggunakan vaksin.

Datuk Dr Noor Hisham berkata sehingga kini pihaknya masih belum dapat pastikan bila vaksin C0vid-19 dapat dihasilkan.

Justeru beliau meminta kepada rakyat di negara ini untuk terus patuh dan beri kerjasama baik kepada SOP kesihatan awam yang ditetapkan kerajaan.

Ingat guys, #KitaJagaKita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*