“Hari Ini Hari Terakhir Dengan Mingguan Wanita” – Elizad Berehat Mengacara, Mulakan Rawatan IVF

Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin mengumumkan bakal berehat seketika daripada mengacarakan rancangan bual bicara Mingguan Wanita bermula Jumaat lalu.

Hal itu demi menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) bermula pagi Sabtu.

 

“Bukan saya berhenti tetapi hari ini (Jumaat) adalah hari terakhir bersama Mingguan Wanita, minggu depan tak ada lagi dah.

 

Pagi esok (Sabtu) saya akan menjalani rawatan IVF. Saya nak semua doakan semoga impian saya termakbul,” kata Elizad ketika siaran langsung di radio Sinar FM.

Ketika pengumuman itu, rakan sekerja Elizad, Hefny Sahad turut sebak dan mendoakan yang terbaik untuk rawatan tersebut.

 

 

Sebelum ini, Elizad seringkali menitiskan air mata apabila soal zuriat diutarakan kepadanya.

 

Menurut Elizad, selepas lima tahun berkahwin dengan suami, Shamsul Baharin Rahman, dia sudah lali persoalan mengenai anak.

 

“Kadang bukan keluarga atau pasangan, tapi apabila orang sekeliling dan netizen cakap saya tak berdoa dan beriya dalam soal ini, saya sedih.

 

 

”Saya tak pernah tunjuk sebab saya jenis ‘happy go lucky’. Apabila orang membandingkan suami saya yang sudah ada dua anak daripada perkahwinan sebelum ini dan saya tak ada zuriat, tentu saya sedih.

 

“Tapi orang sekeliling selalu tanya bila nak ada anak. Saya mana tahu. Saya bukannya Tuhan

Pada program yang membawa tajuk Zuriat Syurga itu, Elizad turut meminta maaf pada suaminya sekiranya gagal memberikan zuriat.

 

“Saya bukan wanita sempurna. Walaupun dari segi luaran dia nampak saya seorang yang ceria, tapi andai kata saya tak mampu berikan dia zuriat, saya minta maaf,” katanya.

 

Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*