“Kita plan nak kawen tahun ni..”, Nazim Othman bakal kahwin 2020?

Baru-baru ini, pelakon Nazim Othman ada berkongsi luahan hatinya bersama peminat di Instagram.

Nazim, menerusi perkongsiannya ada memaklunkan bahawa dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman duda dan mencari pasangan hidup yang baru.

Menurutnya, dia harap dapat bertemu dengan seorang gadis yang menetapi kriterianya seperti bijak, matang, baik, dan tak banyak kerenah.

“Tengah mencari jodoh buat diriku yang kesendirian. Kalau ada kenal sesiapa yang baik, tak banyak karenah, bijak , matang & independent.. PM tepi. Kita plan nak kawen tahun ni. πŸ’Œ ( πŸ“Έ –Β @nurhafizhosman )”, tulisnya.

 

Di ruangan komen, ada yang mendoakan agar Nazim dapat bertemu dengan gadis pilihan hati dan mendirikan rumah tangga secepat mungkin.

Malah, adalam entri yang lainnya Nazmi ada menitip kata-kata buat bakal jodohnya itu nanti.

“Wahai zaujahku, aku tau kau ada somewhere out there. Bila sampai waktunya Tuhan pertemu dan satukan kita, aku berikrar akan menjagamu dengan baik. Sesungguhnya aku telah belajar dari kekhilafan lalu.. banyak yang Tuhan sudah tunjuk padaku dan aku akur dengan takdirku, takdir kita. Aku akan terus setia menantimu di sini. For now, take care sayangku. πŸ’Œ”, kongsinya lagi.

 

 

 

View this post on Instagram

 

Terima kasih atas segala doa yang baik dari kalian. πŸ™

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Terdahulu, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif bin Othman pernah mendirikan rumah tangga bersama Bella Dally pada 10 September 2016 namun jodoh mereka tidak berpanjangan dan mengambil keputusan untuk berp1sah pada 17 Mei 2018.

Sumber: Instagram Nazim Othman

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*