Pada tarikh 6 Januari lalu, penyanyi Misha Omar telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-38 bersama suami dan anak-anak.
Pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta ini turut berkongsi beberapa keping foto dan video di laman Instagramnya buat tatapan bersama.
Misha turut mengambil kesempatan itu untuk meluahkan rasa syukur atas segala nikmat dan kurniaan yang diberikan selama ini.
“M I S H A O M A R, T I G A P U L U H L A P A N, H A R I I N I … Alhamdulillah, tiada kata secantik bahasa dpt menggambarkan betapa saya sgt bersyukur masih di sini meraikan hari ulangtahun bersama ahli keluarga, teman-teman yg setia menemani kak mitch di sepanjang kembara seni kak mitch selama ni…”
“Kak Mitch percaya, apa jua yg kak mitch miliki pada hari ini berkat nya jua datang dari kalian yg selalu memberi pandangan yg baik, kata-kata yg baik dan mendoakan yg baik-baik juga untuk kak mitch sekeluarga..”
“Terima kasih tau..cuma Allah saja mampu balas ingatan & kasih sayang kalian…kalian lah antara hadiah yg terbaik dalam hidup kak mitch…alhamdulillah..allah hu akbar!! πππ terima kasih…..”, kongsinya.
Menerusi ruangan komen, peminat juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan ucapan selamat hari jadi buat penyanyi kesayangan mereka.
Sumber: Instagram Misha Omar
Leave a Reply