Kelibat Lelaki Kimono Turut Dilihat Di Lokasi Lain, Bawa Sekeping Gambar Wanita

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang memakai pakaian tradisional Jepun, Kimono berlegar-legar di kawasan ibu kota.

Meski ada sesetengah pihak yang mendakw4 bahawa dia hanya ingin mengambil perhatian, namun ramai yang percaya bahawa dia sebenarnya telah ses4t.

Terbaru, jika sebelum ini lelaki ini dilihat berlegar-legar di kawasan Aliran Transit Ringan (LRT), namun beberapa yang lepas ada netizen yang telah nampak lelaki tersebut di beberapa kawasan lain di ibu kota.

Perkara itu dikongsikan beberapa pengguna laman Twitter susulan perkongsian satu status yang dimuat naik pemilik akaun bernama Khairul Ridzuanb baru-baru ini.

Namun, menerusi salah satu entri yang dikongsikan pengguna akaun Syera Zamani di Twitter, difahamkan lelaki tersebut membawa sekeping gambar wanita bersamanya.

“Tadi sebelum saya nak naik tren, ada satu lelaki Jepun mendekati saya. Terkejut saya. Dia cari tak pasti siapa perempuan dalam gambar tu,” tulisnya.

Malah, menerusi komen ramai juga yang akui turut didekati lelaki tersebut untuk menanyakan mengenai gadis dalam gambar tersebut.

Sumber: Twitter

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*