Mia Ahmad Kini Hamil 4 Bulan, Bersyukur Tak Alami Alahan Tervk

Pelakon Mia Ahmad telah sahkan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua.

Bintang itu telah berkongsi bahawa usia kandunagnnya telah pun mencecah usia 4 bulan, dan bersyukur bahawa dia tidak mengalami sebarang alahan yang tervk sepanjang trimester pertama.

 

“Alhamdulillah kandungan saya kini telah capai empat bulan. Saya mula dapat tahu hamil ketika menggunakan alat pengesan kehamilan.”

“Saya bersyukur kerana kehamilan kali ini tidak mengalami alahan yang tervk seperti hamil anak pertama dulu. Kali ini saya lebih kuat dan boleh melakukan kerja.”, ujarnya.

Malah, Mia turut menjangka dia bakal bersalin pada bulan Jun ini.

Dalam pada itu, pelakon ini turut berdoa agar proses kehamilan ini berjalan dengan lancar dan meminta orang ramai mendoakan perkara yang sama.

 

 

View this post on Instagram

 

Bali, AGAIN and AGAIN. 🏝 #IzhaMiaIssa #babymooninbaliagain

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on

“Soal jantina saya tidak kisah. Yang penting semuanya berjalan dengan lancar.”

Sekadar perkongsian, Mia Ahmad telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol Johor Darul Takzim(JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Sayf Issa yang kini berusia 14 bulan.

Sumber: Instagram Mia Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*