RUPA2NYA 2 TAHUN LEPAS,ARWAH ABAM DAH SEBUT HAL KEMAT1AN

harini kita di kejut kan dengan berita abam men1 nggal dunia.Al fatihah

2 tahun lepas..arwah ada sebut kemat1an

 

Jangan Tanya Pasal Anak, Esok Mat1 Kita Tahu Tak?”
By adminPosted on June 19, 2018

Seperti biasa bila usia perkahwinan sudah mencecah 1 tahun, pasti ramai yang akan bertanyakan soalan tentang zuriat. Pelakon dan pelawak Abam Bocey juga tidak terlepas daripada soalan tersebut.

Namun, Abam sendiri sudah bersiap sedia dengan jawapan jika ada pihak yang bertanya tentang soal anak. Menurut Abam, dia sememangnya mahukan anak, namun ia bergantung pada rezeki dari Allah.

“Hari-hari saya merancang tapi Allah yang menentukan. Saya memang dah bersedia dengan jawapan jika ada yang bertanya soal anak. Saya tahu mesti ada yang akan bertanya kahwin dah nak setahun tapi bila nak dapat anak. Jawapan saya senang sahaja, kalau kita nak mat1 esok, kita tahu tak?” katanya kepada mStar Online.

Menurutnya lagi, tidak perlu bertanyakan soalan tentang anak kerana perasaan orang perlu dijaga lebih-lebih lagi buat pasangan yang sudah lama berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata.

“Bagi saya soalan macam itu tak perlu ditanya pun tak apa. Tunggu saja berita gembira kalau orang tu nak beritahu. Perasaan orang pun perlu dijaga. Letak diri kita di tempat orang yang ditanya. Kita yang baru setahun kahwin pun ada rasa sedih. Macam mana pula pasangan yang dah berpuluh tahun kahwin,” katanya.

PELAWAK popular Abam Bocey, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor kira-kira jam 8.30 pagi hari ini dipercayai akibat demam panas.

Difahamkan, kejadian itu disedari isterinya, Nor Hidayah apabila Allahyarham tidak bangun ketika dia mengejutnya untuk solat Subuh.

Abam yang juga anggota kumpulan Bocey dikatakan demam sejak dua hari lalu, namun tidak mendapatkan rawatan di hospital.

Jenazah dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk disolat sebelum dikebumikan hari ini.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umat Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Dalam kumpulan Bocey, selain Abam ia turut dianggotai Fad dan Acey.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*