Jadikan Abam Bocey ikon masyarakat-Datuk Hattan

PENYANYI popular Datuk Hattan, 56, mencadangkan Allahyarh4m Abam Bocey dijadikan ikon untuk golongan remaja serta masyarakat.

Hattan berkata, cadangan itu difikirkan selepas melihat perkara positif dilakukan Abam ketika hayatnya.

“Benar Abam sudah tiada, tapi tak salah jika kita angkat dia sebagai ikon kerana tak banyak artis yang sehebatnya. Bayangkan, budak sekolah berusia 10 tahun boleh menangis teresak-esak apabila mendapat berita dia men1nggl dunia.

“Abam sangat merendah diri dan tak banyak cakap, tapi dia tunjukkan teladan yang baik kepada kita semua. Ambil contoh, seorang wanita bersama anaknya sanggup datang menziarahi kubur Abam walaupun sudah jam 8 malam kerana mengenangkan budi arwah yang tampung persekolahan anaknya,” katanya.

Menurutnya, Abam sendiri tidak pernah menghebohkan perkara ini, sebaliknya hanya terbongkar selepas dia men1nggl dunia.

“Bukankah semua benda yang dibuatnya itu amalan mulia dan dituntut dalam Islam? Dia juga menjaga ibunya, adik-beradik dan orang lain. Apa salahnya dia dijadikan contoh. Sekurang-kurangnya kerajaan atau mana-mana pihak harus buat sesuatu bagi mengenang jasanya,” katanya.

Hattan berkata, impak yang dicetuskan Abam memang kuat dan sehingga kini cerita kemat1annya masih diperkatakan di media sosial.

“Saya akui apa yang berlaku memang dahsyat. Saya sendiri menangis dari masjid sampai ke kubur pada hari kemat1annya.

Bayangkan, belum pernah lagi saya menangis sampai begitu sekali. Malah penceramah, Imam Muda Hassan pun kata kemat1annya dalam ‘khusnul khatimah’.

“Sebagai orang yang masih hidup, kita cemburu apa yang arwah dapat. Saya berdoa supaya satu hari nanti, saya pun akan dapat begitu,” katanya

 

HATTAN. FOTO Aizuddin Saad

Menurut Hattan, dia orang paling gembira sekiranya cadangan ini diterima dan menjadi kenyataan.

“Kita boleh jadikan dia ikon untuk anak-anak muda yang sudah menyimpang supaya mencontohi kebaikan yang dilakukannya.

“Abam seorang artis popular tapi tengoklah bagaimana cara pembawakan dia sehingga disukai ramai. Kita minta kebenaran cara baik dengan keluarganya untuk buat benda ini, sekurang-kurangnya dapat tambah pahala untuk arwh,” katanya.

Hattan turut mencadangkan supaya dihasilkan produk jualan seperti baju jenama Abam dan pendapatannya boleh dimanfaatkan banyak pihak.

“Keuntungan daripada jualan ini boleh digunakan untuk keluarga Abam serta untuk terus bantu mereka yang pernah dibantu Abam terutamanya anak-anak yatim dan golongan miskin. Kalau ada pihak nak wujudkan Yayasan Abam pun boleh juga.

Tujuannya untuk bantu semua pihak yang memerlukan. Mungkin Abam tak belajar tinggi, tapi dia berjaya dalam hidupnya. Rugi kalau tak manfaatkan kelebihan itu untuk kebaikan kita semua,” katanya.

Metro online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*