‘Kembang’ Ganti Arwh Abam… “Dia Datang Hari Abam Pergi, Selalu Pujuk Hamzah Kalau Menangis”

Allah Maha Kuasa! Pemergian Allahy4rham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam Bocey pada 10 Februari lalu masih membekaskan kesan kepada b4lu arwh, Nor Hidayah.

Namun, dalam kesedihan Allah menggantikan kasih sayang yang telah hilang dari keluarga tiga beranak itu kepada seekor kucing yang diberi nama Kembang.

Kucing betina berwarna kelabu cerah itu muncul bersama seekor lagi kucing berwarna putih pada hari kem4t1an Abam di kediaman mereka di Gombak.

“Selepas Abam men1nggl hari yang sama juga dua ekor kucing datang ke rumah. Berpusing-pusing akhirnya masuk dalam bilik dan tidur di tempat Abam,” dedah Hidayah.

Tambah Hidayah, 28, bagaimanapun salah seekor daripadanya hilang sebelum dia pulang ke rumah keluarganya di Sabak Bernam baru-baru ini.

“Jadi tinggallah Kembang seekor buat peneman Hamzah. Dia seakan-akan faham perasaan Hamzah.

“Setiap kali kalau terdengar Hamzah menangis dia akan datang bergesel-gesel seolah-olah tenangkan Hamzah sampailah berhenti menangis.

“Kadang-kadang apabila saya menjenguk semula keadaan Hamzah, dia sudah tertidur dengan Kembang,” ceritanya lanjut.

 

Di sebalik kisah setianya Kembang kepada Hamzah, Hidayah memberitahu kucing itu mirip seekor kucing dari baka luar negara yang diidamkan arwh suaminya sebelum meninggal dunia.

“Pada hari Rabu sebelum arwh pergi dia ada menyatakan mahu membeli seekor kucing bulu lebat.

“Katanya kepada saya; ‘Bila saya tak ada nanti sayang boleh main-main dengan kucing’. Saya anggap itu jenaka Abam semata-mata.

“Namun, sebaik-saja pem3rgian Abam, Kembang datang ke rumah dan saya dapat tahu warnanya sama seperti yang Abam mahukan sebelum itu,” getus Hidayah lagi.

 

 

 

 


Abam men1nggl dunia pada 10 Februari lalu selepas menghidap demam panas.

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*