Pertama Kali Dalam Sejarah, Semua Ahli Parlimen Dipanggil ‘Interview’ Secara Peribadi Oleh Agung

BUAT pertama kali, seramai 222 Ahli Parlimen (MP) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara berperingkat selama dua hari bermula 2.30 petang Selasa.

Ia bagi mengetahui secara bersemuka sokongan setiap MP terhadap calon perdana menteri terbaharu selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya pada Isnin.

Perkara itu dibuat sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang mana Yang di-Pertuan Agong berhak melantik perdana menteri daripada ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat sokongan majoriti.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin mengumumkan perkara itu pada sidang media di Istana Negara berhubung perkembangan terkini situasi politik negara sebentar tadi.

Beliau berkata, semua MP telah dimaklumkan oleh pihak Istana Negara berhubung perkara itu pada Isnin.

“Ini pertama kali berlaku, baginda sendiri akan adakan personal interview akan dibuat ringkas dalam masa dua atau tiga minit untuk setiap MP dan bermula seramai 90 orang pada 2.30 petang hari ini (Selasa),” katanya.

Sesi itu akan disambung semula pada Rabu di mana sesi akan dikendalikan sendiri oleh Yang di-Pertuang Agong dan disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Terdahulu pada pagi Selasa, Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat turut dilihat tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Petuan Agong.

Katanya lagi, setiap MP akan dipanggil seorang demi seorang tanpa mengira parti yang diwakili untuk menghadap baginda bagi menyelesaikan isu berkaitan kepimpinan negara.

“Agong mahu melakukannya secara telus dan berkongsi supaya media tak membuat sebarang spekulasi,” katanya.

 

[TERKINI] Sidang Media dari istana negara

#FBLiveAWANI Sidang Media oleh Datuk pengelola bijaya diraja istana negara#Malaysia2020

Dikirim oleh Astro AWANI pada Senin, 24 Februari 2020

 

Terbaharu, baginda telah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim sementara menunggu pelantikan perdana menteri baharu.

Berdasarkan kedudukannya sebagai perdana menteri interim,  Dr Mahathir  akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri baharu dilantik dan Kabinet dibentuk.

Walaupun bergelar perdana menteri interim, Dr Mahathir terus mendapat sokongan padu daripada parti-parti politik, waima PH mahupun pembangkang yang telah menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan beliau.

Memasuki hari ketiga kemelut politik negara, fokus hari ini pastinya tertumpu kepada gerakan parti-parti politik khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang telah mengisytiharkan ‘bercerai’ daripada sekutunya dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Selain itu, PH yang kini dianggotai DAP, PKR dan Amanah, dijadual mengadakan mesyuarat Majlis Presiden pada malam ini, manakala UMNO dan PAS pastinya sedang mencatur strategi demi kelangsungan politik mereka.

sumber: mstar via siakapkeli

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*