“Tabik dekat dorang” – 5 Menteri Yang Jalankan Tugas Dengan Baik Selama Dua Tahun

Kelmarin, Dr M telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri ke-7 negara. Kerana itu, kabinet telah dibubarkan dan jawatan menteri-menteri telah dilucutkan.

Namun, disebalik kekecohan politik yang sedang melanda negara kita ni, seorang lelaki telah memuat naik status penghargaan di Twitter kepada menteri-menteri yang telah menjalankan tugas mereka dengan baik sepanjang perkhidmatan dorang ni.

1. Dr. Dzulkefly Ahmad – Menteri Kesihata

“Cara dia mengendalikan Kementerian Kesihatan memang patut dipuji dan isu COVID-19 pun ditangani dengan profesional.”

Juga, Dr. Dzul berani buat ban merokok di premis makanan yang telah menjadi isu sejak dulu lagi!

2. YB Yeoh Bee Yin – Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Persekitaran & Perubahan Cuaca

 

“Dia telah bekerja keras untuk memastikan negara kita bersih bila dia mengarahkan kargo yang mengandungi sampah untuk dihantar ke negara asal.”

3. YB Hannah Yeoh – Timbalan Menteri Wanita, Keluarga & Masyarakat

 

“Dia telah menolong perjuangan wanita, dan kebajikan wanita dan kanak-kanak.”

Admin setuju, Hannah Yeoh adalah antara menteri yang memang nampak buat kerja.

4. YB Gobind Singh Deo – Menteri Komunikasi dan Multimedia

 

“Disebabkan dia, internet sekarang lebih murah, cepat dan boleh diakses dihampir semua tempat dalam negara.”

5. YB Anthony Loke – Menteri Pengangkutan

 

“Dia adalah antara menteri yang bagus dalam kabinet. Dia jaga pengangkutan awam buat spot-check untuk selesaikan sesuatu isu dan bagi pas 30 hari tanpa had.”

Tweet lelaki ini juga turut mendapat sokongan netizen.

Tabik dekat semua menteri-menteri yang dah jalankan tanggungjawab dorang!

 

sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*