“Kalau Emma Dapat Anak, ‘Conf1rm’ Kemb4r…”- Peminat Teruja, Rupa-Rupanya Suami Emma Maembong…

Dengan sekali lafaz, Emma Maembong, 27, sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, di sini, jam 11.58 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong.

Pada majlis berkonsep rona putih dihadiri 300 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 dan senaskhah al-Quran, selain tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.

 

Pelakon Emma Maembong mendedahkan bahawa suaminya, Muhammad Shazli Azhar, 32, mempunyai saudara lelaki kembar.

Menerusi video yang dikongsi di akaun Insatgram miliknya, Emma, 27, merakam gelagat suaminya bersama kembar yang dilihat mempunyai gelak tawa yang sama.

 

 

 

“Kelakar sangat tu my twins…” tulisnya.

 

 

 

Rakaman video tersebut telah mendapat perhatian pengikut serta peminatnya yang teruja apabila mengetahui suaminya itu mempunyai gen3tik kembar.

“Kalau Emma ada anak nanti ‘confirm’ dapat kembar sebab dah ada gen3tik kembar dari belah suami mari kita doakan aamin.

“Ooo baru tahu kembar.. selama nie tunjuk yang adik jer…

“Yang mana satu suami Emma ini?” antara komen yang diturunkan.

 

Berkongsi detik perkenalan, pasangan ini bersua buat kali pertama pada 2017 ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi pelakon, Uqasha Senrose.

Namun, ketika itu, mereka hanya berborak kosong dan tidak pernah menjangka akan berlaku apa-apa.

 

Sementara itu, Muhammad Shazli mengaku kagum dengan sifat isteri yang rajin bekerja selain memiliki kecantikan semula jadi.

“Emma ada hati yang baik. Dia tahu apa yang diinginkan dalam hidup selain mengutamakan keluarga seperti saya. Dia sangat tegas dalam membuat keputusan.

“Saya lihat dia ramai kawan, namun, dia memilih sahabat yang betul-betul untuk rapat dengannya,” katanya yang membesar di Selangor.

 

Pasangan ini belum merancang destinasi berbulan madu dan tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak secepat mungkin.

Pada 6 Mac depan, majlis berinai akan dianjurkan. Sehari selepas itu, pasangan ini akan diraikan pada majlis resepsi di Putrajaya.

 

Sumber : Gempak Via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*