Prihatin, Siti Sarah ‘belanja’ minuman kepada petugas media

BAGI menghargai jasa dan pengorbanan petugas media, penyanyi, Siti Sarah Raisuddin tampil menghulurkan sumbangan minuman kepada kumpulan media yang membuat liputan di Istana Negara, di Kuala Lumpur, hari ini.

Penyanyi popular itu berkata, beliau terpanggil untuk memberikan minuman keluarannya, Bubble Bee selepas melihat petugas media membuat liputan dalam keadaan cuaca panas.

“Sarah cuba membayangkan sebelum ini, tetapi hari ini Sarah sendiri turun dan melihat (suasana di lokasi) serta merasai tugas media.

“Sukar untuk Sarah bayangkan, kerja ini (media) bukan mudah dan ini hanya sumbangan kecil buat petugas media,” katanya ketika ditemui selepas memberikan minuman kepada kumpulan petugas media di pekarangan Istana Negara, hari ini.

 

Sarah bertemu wartawan bertugas.

 

Selain itu, pelbagai pihak turut tampil memberikan sumbangan antaranya Sunway Lagoon, Enchanteur Paris, Hurix, NZ Curry House, Asam King dan Chim Doo Ready Meal.

Selain makanan dan minuman, barangan seperti payung, tisu, topi, minyak wangi dan tiket taman tema percuma turut disumbangkan. Sumbangan makanan dan minuman turut diedar di beberapa lokasi petugas media berkumpul.

Sarah bergambar dengan anggota keselamatan bertugas.

 


Mencontohi sifat pemurah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sarah berkata dia terpanggil untuk membuat sedikit amal kepada mereka yang gigih bertugas demi negara.

Dia turut mendoakan semoga rakyat di negara ini terus hidup aman dan harmoni selama-lamanya.

“Ia satu pengalaman baharu untuk saya dan menyedarkan bahawa setiap pekerjaan bukan mudah. Saya juga hanya menghulurkan sedikit sumbangan kecil dan kalau Agong boleh buat kenapa tidak saya”

“Kita kena hargai setiap apa sahaja pekerjaan orang lain dan dalam masa sama saya mendoakan semoga hidup kita semua aman dan damai sentiasa,” katanya.

Sumber: HMetro Via Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*