‘Macam terdengar Ashraf panggil Ummi’

SHAH ALAM: Hilang kata-kata bagi menggambarkan perasaan apabila putera tersayang pergi menghadap Ilahi, ibu Allahy4rham Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman mengaku bagai terdengar suara arwah memanggil ‘Ummi’ di rumah.

Pulang dari Jakarta, Indonesia, selepas selesai semua urusan termasuk pengebvm1an arwh, Khadijah mengaku masih membiasakan diri menguruskan rutin hidup tanpa anak sulungnya.

“Tiada perkataan yang boleh menggambarkan kehilangan. Kalau awak hilang beg, awak boleh pergi cari… Tapi ini berbeza.

“Saya terlalu mahu memeluk dia (arwh) sekarang ini… Itulah perasaan saya sekarang.

“Secara jujurnya, susah untuk terima. Apabila saya balik rumah, saya seakan-akan terdengar suaranya. Saya seorang yang visual, saya seperti lihat dia turun tangga sambil memanggil Ummi! Ummi!

“Ashraf seperti ada di sini, tapi dia tiada. Tapi tidak mengapa, Insya-Allah, dia dalam perjalanan ke Jannah.

 

Dia okay cuma saya yang masih mencuba untuk menerima pemergiannya,” katanya kepada BH Online selepas majlis tahlil untuk arwah anjuran keluarga di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini, malam tadi.

Turut hadir, bapa Ashraf, Mohamad Anthony John Sinclair dan dua anak mereka, Adam dan Aishah.

Majlis tahlil itu dihadiri lebih 300 orang termasuk rakan selebriti seperti Ella, Yasmin Hani, Sazzy Falak, Dynas Mokhtar dan Amy Search.

Khadijah berkata, beliau kembali kuat melihat sokongan dan doa orang ramai terhadap Ashraf.

Baginya, beliau sudah membesarkan anak yang baik apabila melihat Ashraf disayangi ramai sepanjang 40 tahun kehidupannya.

 

“Dari kecil, Ashraf adalah anak kegemaran ramai. Sejak lahir, dia asyik didukung orang.

“Saya masih ingat ketika dia berusia empat bulan, ibu saya men1nggl dunia. Saya tak sedar kehilangan Ashraf, rupa-rupanya dia dijaga ibu saudara yang lain.

“Pergi ke sekolah juga sama, Ashraf disukai ramai. Kalau nak cari sebab hendak memarahinya, saya tidak tercari. Sangat jarang saya memarahi arwh.

“Mana-mana dia pergi, dia akan berkawan. Dia menambahkan kebahagiaan dalam hidup orang… Itulah Ashraf,” katanya.

 

Bertanya mengenai keadaan menantunya, Bunga Citra Lestari (BCL) dan cucu, Noah Aidan Sinclair, Khadijah bersyukur mereka kuat.

Pada 18 Februari lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pem3rgian arwh Ashraf di Rumah Sakit Metropolitan Medical

Centre (MMC), Kuningan, Jakarta, pada jam 4.51 pagi waktu tempatan atau 5.51 pagi waktu Malaysia.

Ashraf meninggalkan b4lu, BCL dan anak, Noah Aidan Sinclair, berusia 10 tahun.

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*