“Terima kasih atas akadmu untukku suami…”- Mamat Sepah selamat nikah anggota polis

Tahniah diucapkan buat pelawak Mamat Sepah yang telah menamatkan zaman bujangnya selepas selamat menikahi dengan seorang anggota polis.

Sebelum ini, Mamat Sepah dilaporkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini dan ternyata, sebentar tadi pula pelawak ini menerusi laman Instagram berkongsikan sekeping foto setelah selesai melafazkan akad nikah.

 

“Besar amanahnya…”

 

Perkongsian Mamat Sepah itu ternyata mendapat pelbagai respon daripada peminatnya dimana ramai turut tumpang gembira dan bersyukur dengan pelawak ini yang sah bergelar suami buat wanita pilihan hatinya.

Dalam pada itu, isterinya menerusi Instagram turut berkongsikan moment bahagia itu dimana dia juga berharap ikatan suci mereka kekal.

 

 

 

“Bismillah, 01 March 2020 tarikh yang tak akan ku lupe sampai hujung nyawa. Seperti mimpi bila aku akan memanggilmu sebagai suami.

“Terima kasih atas akadmu untukku suami ku Mamat Sepah. Semoga ikatan suci kita kekal sampai syurga. Amin.”


Dalam pada itu, perkongsian beberapa keping foto menerusi Instagram turut membuatkan rata-rata peminat pelawak ini tidak henti-henti mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian dia dan wanita pilihan hatinya itu.

Tahniah diucapkan!

Terdahulu, dilaporkan juga pasangan ini bertunang pada tahun 2018 dan memilih untuk menghalalkan hubungan pada awal Mac.

Tahniah sekali lagi diucapkan buat pasangan ini. Semoga pelawak ini dan pilihan hati sentiasa bahagia dan kami ingin mengucapkan selamat pengantin baru!

 

 

Sumber: Cik Nana, Mamat Sepah, Wedding Films, Astro Awani

Kredit: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*