Ayah mana yang tidak gembira apabila anak mereka berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Pelakon veteran, Azhar Sulaiman menerusi laman Instagram memuat naik foto ucapan tahniah kepada anak kembarnya yang mendapat 7A dalam peperiksaan itu.
Selain daripada keputusan cemerlang, netizen turut tertarik dengan kecomelan putera dan puteri kembar Azhar Sulaiman ini. Ramai pula yang stalk Instagram Leona dan Andika Rees ini. Comelnya My Twins Rees ini!
Azhar berkongsi perkara itu di Instagram mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada isterinya Chempaka Emalin Pahamin.
“Syukur Alhamdulillah, kembar saya Rees dan Leona telah berjaya dalam keputusan SPM Mereka. Dua-dua pun sudah setuju untuk ambil jurusan undang-undang.
Azhar bersama isteri dan anak kembarnya.
“Terima kasih ‘zillion’ kepada isteri saya, Chempaka yang sentiasa bekerja keras untuk anak-anak dan telah menjaga keluarga kita dengan baik.
“Awak ibu yang terbaik,” tulisnya
Sementara itu, Leona berkongsi keputusan SPM dengan mendapat 7A dan 1B. Manakala Rees masih belum berkongsi berkaitan keputusan yang diterimanya.
I think I did okay

“7As 1B+, saya rasa baik sahaja.” ujarnya.
Adik-beradik kembar

Selain Leona dan Rees, Azhar Sulaiman turut mempunyai seorang lagi cahaya mata, Kasih Leia Ixora, 21.
Apa-apapun kami mengucapkan tahniah buat Leona dan semua pelajar yang telah menerima keputusan SPM hari ini. Semoga anda terus cemerlang di masa akan datang. Tahniah!
Sumber: mstar via ohbulan
Leave a Reply