USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan pada Khamis bagi membantu siasatan kes pvkul anak angkatnya berusia dua tahun.
Ketua Jabatan Siasatan Jen4yah Selangor iaitu Datuk Fadzil Ahmat berkata Aliff dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.
Sebelum ini, Aliff didakwa memvkul anak angkatnya bernama Aminah Alip Shah dalam satu kejadian yang berlaku di kediamannya yang terletak di Petaling Jaya pada 28 Februari lalu.
Difahamkan pembantu rumah kepada pengasas produk Dherbs itu sendiri yang melaporkan kepada pihak p0lis sehari selepas kejadian tersebut.
Sementara itu, isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menyerahkan sepenuhnya kepada polis susulan dakwaan suami wanita itu dikaitkan dengan kejadian memvkul anak angkat mereka berusia dua tahun.
“Kalau betul salah, biar p0lis ambil tindakan,” katanya
Bagaimanapun, Nur Shahida enggan mengulas lanjut isu yang membabitkan suaminya.
Nur Shahida yang kini menunaikan umrah bersama anaknya sejak 23 Februari lalu berkata, sebaik-baiknya biar perkara itu diselesaikan pihak berwajib.

“Saya tidak ada apa nak komen. Biar polis buat kerja mereka,” katanya ringkas.
Sementara itu, Aliff ketika dihubungi memohon doa yang terbaik buat dirinya.
“Doakan yang terbaik,” jawabnya ringkas.
Ditanya lanjut mengenai dakwaan yang timbul, Aliff menyerahkan segala siasatan kepada polis.
Malah, buat masa sekarang, Aliff memaklumkan dia dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan supaya tidak mengganggu siasatan polis.
“Saya minta maaf sebab tidak boleh bercakap lebih mengenai perkara ini kerana ia sudah menjadi kes polis.
“Biar mereka membuat si4satan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Aliff juga memohon masyarakat terutama warganet berhenti membuat sebarang spekulasi.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan m4ngsa yang berusia dua tahun dipvkul dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicub1t hingga meninggalkan kesan pada badannya.
Suspek dikatakan memvkul m4ngsa yang menangis ketika dia sibuk merakam video untuk kandungan YouTube miliknya.
Sumber: metro
Leave a Reply