Pereka fesyen, Rizman Ruzaini merupakan gabungan dua nama yang paling hangat diperkatakan dalam industri fesyen tanah air. Kehadiran pereka fesyen duo ini juga menjadi inspirasi buat ramai.
Bahkan, jika dilihat majlis-majlis mewah yang melibatkan selebriti sekalipun pasti akan mengenakan sentuhan dua pereka ini yang membuatkan pemakai bertambah jelita dengan rekaan mereka.
Pereka fesyen terkenal tanah air
Menerusi majlis resepsi pasangan selebriti yang baru saja menamatkan zaman bujangnya iaitu Tasha Shilla dan jejaka pilihannya, Muhammad Atiq Idris juga berpeluang mengayakan busana sentuhan pereka fesyen terkenal itu.
Sehinggakan, melalui foto yang dimuat naik dilaman Instagram pereka fesyen terkenal ini meraih ribuan tanda suka yang kini sudah mencecah, 31,000.
Ternyata juga, ia menerima pujian ramai yang turut terpegun dengan sentuhan yang dikatakan tidak pernah kering idea dengan rekaan baju yang lawa-lawa!
Gaun rekaan Rizman Ruzaini curi tumpuan ramai
Dalam pada itu, diruangan komen hasil gaun rekaan Rizman Ruzaini turut meraih pelbagai pujian buat Tasha Shilla yang dikatakan sangat cantik apabila mengenakan busana berkenaan.
“Cantik dan segar”

Menjenguk pula kelaman Instagram pelakon jelita itu, dia turut memuat naik beberapa moment dimajlis resepsinya yang berlangsung pada kelmarin, 8 Mac 2020.
Perkongsian foto-foto itu juga meraih ribuan tanda suka daripada ramai yang dalam pada masa yang sama, rata-rata peminat dan pengikut mendoakan yang terbaik buat pasangan sama cantik, sama padan ini.
Sumber: HCL
Leave a Reply