[VIDEO] “Seb4k dengar muazzin menangis” – Azan Di Kuwait Diubah, Seru Penduduk Tunai Solat Di Rumah Kerana D4rur4t C0v1d-19

Bukan berniat untuk menimbulkan panik, tapi seluruh dunia sedang terancam akibat C0v1d-19 ketika ini dan kita di Malaysia juga tidak terkecuali — cuma mungkin kita masih lagi dalam keadaan terkawal.

Di Malaysia, pihak agama telah menyeru masjid-masjid mengamalkan qunut nazilah bagi menolak bala dan jangkitan penyakit berbahaya.

Dan baru-baru ini, kebimbangan mengenai peningkatan k3s jangk1tan dalam negara membawa kepada persoalan orang ramai — sama ada solat Jumaat boleh dihentikan buat sementara waktu seperti langkah yang diambil Iran.

Namun, bekas mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sudah pun mengumumkan bahawa tiada keperluan untuk solat Jumaat dihentikan ketika ini. Alhamdulillah, kita masih dapat mengimarahkan masjid.

Tapi lain pula ceritanya di Kuwait, apabila dilaporkan azan solatnya terpaksa ditukar berikutan d4rur4t kesihatan yang melanda negara itu.

Jika kebiasaannya, kita mendengar laungan ‘hayya ‘alassolah’ yang bermaksud ‘marilah mengerjakan solat’.

Namun berikutan penularan C0v1d-19, pihak berkuasa mengarahkan semua masjid ditutup buat sementara waktu dan seruan azan ditukar kepada ‘assolatu fi buyutikum’ yang bermaksud ‘solatlah kamu di rumah’.

Video rakaman azan yang dilaung muazin, ada dikongsi netizen di laman Twitter.

 

 

Ini merupakan kali pertama, arahan penutupan masjid dan larangan solat Jumaat dibuat oleh negara itu.

Dalam rakaman ini pula, kalau diteliti dan dihayati dengan betul — kita akan turut menitiskan air mata setelah mendengar suara muazzin yang sebak melaungkan azan.

Ini mungkin kali pertama kita mendengar mengenai laungan azan yang ditukar ayatnya, ketika keadaan sedang d4rur4t.

Namun, ada dalam kalangan netizen yang berkata bahawa kejadian seumpama itu pernah berlaku ketika zaman Baginda Nabi Muhammad SAW suatu ketika dahulu.

Untuk rekod, jumlah k3s jangk1tan C0v1d-19 yang disahkan di Kuwait ketika ini meningkat kepada 80 kes. Semoga kita terhindar dari sebarang b4la b3nc4na dan peny4kit berb4haya. Amin!

Sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*