‘Fail cer4i?’ Ini Jawapan Isteri Aliff Syukri

ISTERI kepada usahawan kosmetik popukar Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid enggan memberikan komen terhadap dakwaan dia sudah memfailkan perc3raian di mahkamah.

 

Shahida ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia memohon maaf kerana tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai status rumah tangganya.

“Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya,” katanya ringkas.

Ditanya adakah semua anak-anak berada dengannya ketika ini, Shahida hanya menjawab ‘ya’ menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Aliff ketika dihubungi huga enggan mengulas mengenai perkara itu.

 

“No komen”, katanya kepada Harian Metro.

Kisah rumah tangga Alif dan Shahida mula menjadi bualan hangat apabila kedua mereka sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram.

Menguatkan lagi spekulasi mengenai masalah rumah tangga mereka apabila Aliff muncul menerusi lagu Cuba Bahagia yang bercerita mengenai lelaki yang dahagakan kebahagiaan dalam hidup daripada orang disayangi.

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*