[VIDE0] Persediaan Sebelum Ke Kedai Pasangan Ini Raih Pujian Ramai!

Umum sedia tahu akan situasi kita hari ini yang mana diarahkan Perintah Kawalan Pergerakan. Arahan ini yang memerlukan hanya ketua keluarga atau seorang sahaja untuk keluar rumah membeli barangan keperluan. Selain itu jika ada urusan penting sahaja dibenarkan keluar dan yang lain-lain diminta untuk duduk di rumah.

Ini adalah bertujuan untuk memutuskan rantaian wabak C0v1d-19 yang menular kini. Disebabkan itu jika dapat dilihat di pasaraya mahu pun kedai ramai golongan lelaki yang membeli barangan keperluan. Mungkin agak mencabar jika seseorang itu tidak biasa melakukan tugasan ini bersendirian tanpa bantuan isteri masing-masing.

 

Namun selaku ketua keluarga tiada apa yang mustahil untuk dicapai jika ada usaha. Malah di media sosial tular dengan satu video yang mana si ibu memberi taklimat kepada bapa sebagai persediaan sebelum ke kedai.

Menariknya mengenai rakaman itu adalah si ibu memberikan penerangan dengan cukup terperinci lokasi sesuatu barang beserta senarai pesanan bergambar. Memang teliti betul ibunya ini!

 

Video persediaan sebelum ke kedai pasangan ini dikongsikan oleh anak mereka yang juga pemilik akaun Twitter Mysrhaiyad.

 

Video tersebut telah meraih lebih 277 ribu tontonan dan hampir 20 ribu retweets serta 24 ribu likes.

Rata-rata netizen memuji pasangan ini berdasarkan ketelitian si ibu dan bapa yang tekun mendengarkan ‘taklimat’ tersebut.

 

Sumber: Twitter Mysrhaiyad

Kredit: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*