Pelawak dan pelakon berbakat besar, Jihan Muse adalah salah seorang daripada penyiasat tetap dalam rancangan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM). Bermula dari musim pertama sehinggalah kini sudah musim ke 3, Jihan Muse memegang tanggungjawab ini dengan baik sekali.
Malam tadi ICSYVM telah memasuki episod ke 9 dengan penampilan Shila Amzah selaku artis jemputan dan Zara Zya serta Nadiya Nisaa sebagai penyiasat jemputan. Saban minggu gelagat penyiasat jemputan yang kadang-kadang nampak cool dan ada kalanya boleh tahan ‘masuk air’ buat ramai terhibur.
Walaubagaimanapun dalam episod malam tadi nampaknya penampilan Jihan Muse telah meraih perhatian ramai. Menerusi perkongsian di Instagram milik selebriti ini yang memberi peringatan untuk orang ramai menonton episod terbaru itu, beberapa foto bersama penyiasat jemputan turut disertakannya.
Vass betul penampilan Jihan Muse dalam episod kali ini! Foto yang dikongsikannya itu meraih lebih 51 ribu likes.



Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut memuji penampilannya itu dan meninggalkan reaksi mereka tersebut di ruangan komen seperti berikut:
“Outfit Jihan Muse tiap minggu memang letopss”

“Asal la lawo sangat Jihan ni…Nak compared dengan pic Jihan yang dulu Ya Allah banyak sangat makeover…Lawoo”

“Love giler baju nice”

Agaknya episod minggu depan bagaimana pula penampilan selebriti kesayangan ramai yang satu ini? Sama-sama kita nantikan…
Sumber: Instagram Jihan Muse
Kredit: HCL
Leave a Reply