‘Fr0nliner layak sarung PPE terbaik, berkualiti’ – Rizman Ruzaini.

LAZIMNYA, pada tempoh begini barisan pereka fesyen sedang sibuk menyiapkan koleksi fesyen lebaran.

Bagaimanapun, memahami situasi negara hari ini yang sedang ‘berperang’ w4bak C0v1d-19, maka tumpuan sudah beralih arah.

Kini bukan baju raya ataupun gaun glamor menjadi keutamaan, sebaliknya mesin jahit pemain industri fesyen sibuk menyiapkan gaun Peralatan Perlindungan Diri (PPE).

Pereka fesyen duo popular negara, Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil (Rizman Ruzaini) juga tidak terkecuali menyumbang tenaga menghasilkan gaun PPE untuk kegunaan barisan hadapan pasukan perubatan.

Menurut Rizman Ruzaini, daripada gaun karpet merah renda Perancis ke uniform PPE mereka berikrar untuk menyiapkannya dengan kemas.

“Kami tidak mengambil mudah perihal keselesaan dan kualiti produk kerana frontliner Malaysia layak mendapat yang terbaik.

“Mereka bukan sahaja berkorban memberikan khidmat berjam-jam, malah terpaksa berjauhan daripada suami, isteri dan insan tersayang,” tulis mereka ringkas menerusi laman sosial Instagram semalam.

Tambah Rizman Ruzaini, dalam keadaan genting hari ini tidak banyak yang mampu mereka lakukan, selain menghasilkan PPE buat frontliner.

“Walaupun PPE ini akan dibuang selepas digunakan, tetapi Rizman Ruzaini tidak mahu lokek dalam aspek kualiti dan rekaan.

“Pasukan perubatan adalah superhero. Mereka mungkin tidak menggayakan capes, namun mereka layak memakai pingat,” katanya lanjut.

 

Selain Rizman Ruzaini, pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie, Datuk Radzuan Radziwill, Salikin Sidek, Qudyn Aziz, Calvin Thoo dan ramai lagi turut melaksanakan inisiatif murni seumpama ini.

Tanggungjawab sosial tersebut adalah selari dengan kemahiran dan bakat yang mereka miliki.

Namun begitu, bagi mereka yang tiada kepakaran menjahit PPE usah risau.

Anda masih boleh membantu pasukan perubatan membendung penularan C0v1d-19 dengan duduk di rumah. Insya-ALLAH #janganputusasamalaysia

Sumber: SinarPlus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*