“Saya Rancang Mahu Rehat Selepas Kahwin…” – Ikmal Amry

 

Pelakon dan model, Ikmal Amry merancang untuk berehat dari aktiviti lakonan selepas mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, Najla.

Namun menurut Ikmal, tempoh berehat yang dimaksudkan itu tidak akan memakan masa yang lama.

“Insya-Allah, saya merancang untuk berehat seketika selepas berkahwin nanti.

“Tetapi tempoh rehat itu tidaklah lama, mungkin sebulan atau dua bulan sahaja, dapatlah saya meluangkan masa dan fokus dengan kehidupan baru berumah tangga nanti,” kata Ikmal kepada Gempak.

 

Tambah Ikmal, dia telah menerima banyak tawaran berlakon yang telah dijadualkan sehingga hujung tahun.

“Saya sudah terima banyak tawaran lakonan, boleh dikatakan sehingga hujung tahun ini, kebanyakan yang saya terima adalah tawaran berlakon drama.

“Kalau ikutkan, saya memang mahu kerja ker4s tahun ini sebelum berk4hwin, tetapi isu COVID-19 pula yang melanda membuatkan ada sesetengah projek tergendala,” tambahnya.

 

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah 💍 one step closer ❤️

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry) on

Terdahulu, Ikmal dan Najla telah melangsungkan pertunangan pada 26 Mei, Hari Raya ketiga.

Pasangan ini juga merancang untuk menamatkan zaman bujang pada Disember tahun ini.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*