(Video) Masjid Nabawi Dibuka Semula, Foto-Foto Jemaah & Azan Subuh Berkumandang Syahdu Hari Ini

Lebih 90,000 masjid di Arab Saudi termasuk Masjid Nabawi di Madinah dibuka semula pada Ahad (hari ini) setelah kira-kira dua bulan ditutup kerana pandemik C0vid-19.

Menteri Hal Ehwal Islam, Abdullatif Abdulaziz Al-Sheikh dalam satu kenyataan pada Jumaat, mengumumkan tentang kesediaan kerajaan dan masjid dalam menyambut ketibaan para jemaah selepas beliau selesai menjalankan tinjauan lapangan bagi memeriksa segala kelengkapan serta persediaan.

“Berdasarkan pemerhatian kami, kami mendapati masjid-masjid ini sudah lengkap bersedia dan dalam keadaan yang terbaik (untuk dibuka semula),” katanya, memetik laporan Arab News.

Dibuka semula dengan SOP

Difahamkan, pembukaan semula masjid pada kali ini adalah selaras dengan garis panduan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak kementerian.

“Para jemaah perlu berwuduk dari rumah, sentiasa perlu menjaga kebersihan tangan serta sanitasinya setiap kali masuk dan keluar dari masjid tersebut.

“Warga emas juga dinasihatkan untuk solat di rumah sahaja, manakala membaca Al-Quran melalui aplikasi di telefon serta dibawa sendiri dari rumah juga adalah digalakkan.

“Bawa sejadah sendiri dari rumah juga amat digalakkan dengan mengamalkan penjarakan sosial ketika berjemaah dalam dua meter, selain kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan datang, memakai topeng muka dan elak dari bersalaman juga amat disyorkan,” kata menteri tersebut, berdasarkan laporan Gulf News kelmarin.

Bagaimanapun, masjid di kawasan Mekah adalah terkecuali setakat ini daripada pembukaan semula masjid-masjid di seluruh negara tersebut.

Sementara itu, di halaman Facebook Masjid Al-Haram, terdapat beberapa rakaman visual (gambar dan video) yang dirakam ketika pembukaan semula Masjid Nabawi pada awal pagi ini.

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook
Gambar: Facebook
Gambar: Facebook
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter

Azan subuh berkumandang menggamit kerinduan para jemaah

Finally fajar azan live from Madina alhamdullilah 💚🤲🌹

Posted by Masjid Al Haram on Saturday, 30 May 2020

LIVE: From, Masjid Al Nabawi Shreef, MADINAH 💕

Posted by Masjid Al Haram on Saturday, 30 May 2020

Finally Gates are open alhamdullilah 💚🤲🌹

Posted by Masjid Al Haram on Saturday, 30 May 2020

Sumber: Facebook, Arab News, Gulf News

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Sumber: SK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*