Artis Korea Diejek Kerana Nama, Marah Dengan Peminat Malaysia

Perbuatan ejek-mengejek mungkin sesuatu yang sinonim di kalangan kanak-kanak, namun semua orang diajar oleh ibu bapa untuk tidak mengejek dan menjatuhkan orang lain.

Ramai yang mungkin tidak sedar, tetapi ada banyak perkataan dalam bahasa ibunda kita yang membawa maksud berbeza dalam bahasa orang lain.

 

Jadi apabila ada orang terkenal yang mempunyai nama yang dalam bahasa sendiri kedengaran lucu, segelintir individu mengambil kesempatan itu untuk menjadikan nama tersebut sebagai bahan jenaka.

Situasi ini pernah kepada penyanyi Hollywood, Dua Lipa yang diejek sebagai Dua Lipas dan kerana memanggil bapanya dengan panggilan Babi yang bermaksud ayah dalam bahasa Albanian.

Biasanya ejekan-ejekan ini tidak diendahkan walaupun menimbulkan ketidakselesaan terhadap tuan punya badan, tetapi berbeza dengan apa yang terjadi kepada artis Korea ini.

Penari bernama So Young yang menggunakan nama pentas ‘Babi Fly’ di Instagram itu telah menarik segelintir netizen Melayu untuk meninggalkan komen di postingnya.

 

View this post on Instagram

 

😊

A post shared by So Young (@babi__fly) on

Setelah lama menjadi bahan ketawa, penari tersebut akhirnya memuatnaik sebuah posting khas untuk mereka yang mengejek namanya.

Sejak daripada luahan dan pendedahan tersebut, orang ramai mengecam tindakan segelintir netizen yang dianggap tidak bijak dan memalukan.

“Nak lawak kita kita je…”

“Seperti katak di bawah temmpurung”

“Memalukan negara…”

“Babi takde maksud dalam bahasa Korea…”

“Tolong hormat bahasa orang lain…”

Walau bagaimanapun ramai percaya bahawa perbuatan ini dilakukan oleh budak-budak sekolah yang bosan kerana PKP.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*