[VIDEO] Samantha Katie Berg4duh Sampai B4ling Gelas!

Ketika nama bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James hangat diperkatakan di media sosial,malam tadi namanya sekali lagi tular selepas sebuah rakaman video perg4duhan telah pun tersebar.

Baling Gelas Sehingga Pecah

 

View this post on Instagram

 

Tidak pasti sama ada video pergaduhan Samantha Katy ini baru terjadi mahupun sebaliknya. Namun yang pasti ianya ternyata mengejutkan! Update : insiden pergaduhan ini dipercayai berlaku di Afrika Selatan pada tahun 2017, tahun dan lokasi yang sama Samantha mewakili Malaysia untuk pertandingan Miss Universe 2017.lagi berita lanjut menyusul di Murai.my

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia) on

Dalam video tersebut, kelihatan Samantha berg4duh dengan seorang individu dipercayai bukan warga tempatan di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Lebih memburukkan keadaan, Samantha bukan sahaja mengeluarkan kata-kata kesat malah turut mencampak beberapa buah gelas kaca terhadap individu tersebut sehingga pecah.

“Ini adalah sebabnya anda masih berada di bawah! Maaf sayang, awak sama sekali tidak akan berada di atas. Malaysia jauh lagi bagus dari negara ini”

“Awak yang patut diam, sila diam!”

“Saya tak peduli siapa awak”

Berlaku Pada 2017

Berdasarkan komen dan perkongsian yang dimuatnaik, ada yang mend4kwa bekas ratu cantik ini berada di bawah pengaruh alk0hol ketika insid3n tersebut sedang berlaku. Malah menerusi sebuah lagi video yang dikongsi, difahamkan insiden perg4duhan tersebut telah berlaku di Afrika Selatan pada tahun 2017, tahun dan lokasi yang sama ketika Samantha mewakili Malaysia bagi pertandingan Miss Universe 2017.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa malu terhadap sikap Samantha apatah lagi sebagai seorang ratu cantik dia tidak seharusnya bersikap sedemikian. Malah ada diantaranya juga enggan mengaku Samantha sebagai rakyat Malaysia.

Mohon Maaf 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Samantha Brahmacharini (@samanthakayty) on

Dalam perkembangan lain, Samantha telah memuatnaik posting terbaharu yang mana dia ingin memohon maaf dan akui akan kesilapannya dalam memuatnaik kenyataan berbaur perkauman sebelum ini. Biarpun begitu, posting berkenaan telah dinyahaktifkan ruangan komen.

Sumber: murai

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*