“Saya Difahamkan Bahawa Esok PM Akan Mengumumkan Sesuatu,” – Ismail Sabri

Golongan bujang nampaknya masih lagi tertanya-tanya mengenai status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sama ada di sambung atau tidak dan yang paling menjadi persoalan adalah kebenaran rentas negeri bagi golongan ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media hari ini memaklumkan bahawa Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu berkaitan perkara itu esok.

“Saya difahamkan bahawa esok Yang Amat Berhormat(YAB) Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu, jadi kita tunggulah.

Saya takut nanti saya umum berbeza pula dengan yang YAB Perdana Menteri, atau nanti saya umum lebih awal daripada Perdana Menteri, tak boleh.

Jadi esok YAB Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu tentu sajalah banyak perkara-perkara yang mungkin akan disebut. Lepas itu kalau tak sebut, barulah saya sebut.”

“Untuk orang-orang bujang, bersabar sehingga esok,” katanya

 

 

Sumber: RTM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Sumber: siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*