Solat berjemaah dan solat Jumaat dibenarkan tetapi ada syaratnya, Ini jawapan Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju secara dasar melonggarkan syarat untuk mendirikan solat berjemaah dan Jumaat berasaskan kepada keluasan masjid khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran itu diberikan jika mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan sosial.

Bagaimanapun katanya, kelulusan rasmi untuk membenarkan solat berjemaah dan Jumaat didirikan di tiga wilayah itu masih tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Menteri Hal Ehwal Agama (Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri) telah membentangkan dalam mesyuarat khas menteri pagi tadi dan mencadangkan pembukaan masjid diberi kelonggaran.

“Solat berjemaah dan Jumaat dulu kita hadkan hanya 30 orang saja. Tadi kita bersetuju kebenaran (solat jemaah) berdasarkan keluasan masjid. Asalkan ada penjarakan sosial, kita tiada halangan buka untuk orang ramai solat berjemaah,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

 

ARTIKEL SEBELUM:

Tambahan jemaah solat di masjid diputuskan Sabtu ini

KUALA LUMPUR: Tambahan jemaah solat berjemaah akan diputuskan Sabtu ini bersama dengan operasi di kedai gunting rambut, salon kecantikan dan pasar malam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) sebelum kebenaran diberikan.

“Begitu juga sembahyang berjemaah dengan (ada) cadangan meminta dibenarkan mengikut keluasan masjid. Seperti masjid di Putrajaya kalau buat penjarakan satu meter boleh muatkan lebih 100 orang.

“Bagaimanapun, perkara ini kita serahkan kepada Menteri (di Jabatan Perdana Menteri) Hal Ehwal Agama bentangkan pada Sabtu,” katanya pada sidang media di Putrajaya dekat sini, hari ini.

Sebelum ini, kebenaran menunaikan solat berjemaah hanya diberikan kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau dalam bilangan yang terhad.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*