“Kereta mewah boleh lah” – Sekolah di India Buat Konvo Secara ‘Drive-Thru’

Memandangkan hampir seluruh negara di dunia dilanda wabak C0vid-19 pada tahun 2020, semua aktiviti yang melibatkan perhimpunan orang ramai tidak dibenarkan bagi mengelak penularan wabak ini.

Dalam pada itu, satu sekolah di Bengaluru, India iaitu Canadian International School telah membuat satu majlis penyerahan sijil kepada pelajar sekolah berkanaan.

Namun, apa yang uniknya majlis ini pihak sekolah membuatnya secara ‘drive-thru’ dimana ibubapa dan pelajar akan menaiki kereta masing-masing di kawasan padang bola sepak dan setiap kereta yang lalu, cikgu akan mengucapkan tahniah sekaligus menyerahkan sijil mereka, lapor Hindustan Times.

Dengan jubah lengkap dan topi konvo, para pelajar akan menerima terus sijil mereka melalui majlis ringkas dan unik itu.

Walaupun tak dapat merasa nak naik pentas macam majlis sebelum ni yang biasa dilakukan di setiap tempat pengajian di sleuruh negara, para pelajar tetap berasa gembira dengan cara sekolah mereka membuat majlis penyerahan sijil.

Sehubungan itu, ramai warganet memberikan respon berkenaan usaha yang dilakukan oleh sekolah berkenaan.

Orang kaya boleh. Tengok jenama kereta

Kereta mewah boleh laa

Belajaq bukan main lama sekali nak amik sijil pandu lalu ja 

Ini betul-betul unik ni. 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*