Iktibar Dari Pengalaman C0VID-19, Ashraf Muslim Jual Lampu Ultraungu Untuk Memb3smi Kum4n

Bintang filem Ada Apa Dengan Dosa, Ashraf Muslim mengambil pendekatan untuk menjual lampu ultraungu yang berfungsi membasmi kuman.

Kata Ashraf, inisiatifnya itu muncul ketika dunia mula bergelut dengan pandemik C0vid-19 awal tahun lalu.

“Ilham untuk mengeluarkan produk ini tercetus sebelum saya dimasukkan ke dalam wad lagi dan usaha untuk mempromosikannya terbantut ketika saya s4kit.

“Jadi, selepas keluar wad saya teruskan balik niat untuk membantu orang awam menjaga kebersihan dan kesihatan dengan cara berbeza.

“Ramai yang sudah keluarkan jenama sanitizer sendiri, oleh itu saya nekad mengeluarkan produk UV Germicidal Disinfection Lamp,” katanya kepada Gempak.

Fungsi lampu ultraungu itu jelas Ashraf mampu membunuh 99.9 peratus kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar di permukaan bilik atau kediaman.

“Norma hidup pun sudah berbeza, ramai yang semakin cenderung untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta lebih berhati-hati.

“Cara menggunakan lampu ultraungu ini mudah saja, cuma pasang dan biarkan selama 30 minit dan keluar dari ruang tersebut seketika.

“Ia jenis portable dan fungsinya seperti kita fogging,” tambahnya yang menghantar sendiri produk terbabit kepada pelanggannya.

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum semua, AM nak memperkenalkan produk yg terkini untuk membasmi kuman. Iaitu UV Germicidal Disinfection Lamp. Memang sesuai digunakan dirumah dan di office. Yer, sekarang kita melalui norma hidup yg berbeza sebelum ini disebabkan virus Covid yg melanda satu dunia sekarang. Daripda itu kita akan lebih berhati-hati dan lebih menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal. So AM syorkan boleh u all dapatkan UV Lamp ini demi membasmi kuman-kuman dirumah dan di office anda. Berminat boleh DM AM. Oh ya! Penghantaran melalui post dan COD di Shah Alam sahaja. Hotline nombor : 010 940 0470

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Ashraf juga selain itu aktif melakukan kerja-kerja amal selepas keluar dari wad Ramadan lalu.

Malah, Ashraf juga teruja dengan sambutan yang diterima daripada penonton filem Ada Apa Dengan D0sa lakonannya.

Ashraf melakonkan watak sebagai pend4kwah terkenal Ustaz Hariz yang dibayangi d0sa-d0sa silamnya yang pernah berzin4 dan punyai anak luar nikah.

Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*