Sarah Suhairi Berhasrat Kembangkan Bakat Dalam Bidang Pengacaraan

Menjelang tahun 2020, penyanyi Sarah Suhairi berhasrat untuk mengembangkan bidang kerjayanya dalam bidang pengacaraan.

Memetik petikan dari Gempak, Sarah atau nama sebenarnya Sarah binti Suhairi berkata dia mula meminati bidang tersebut ketika mula-mula menjadi pengacara sebuah program reliti kanak-kanak pada tahun lalu.

 

 

View this post on Instagram

 

Rindu letewww

A post shared by Sarah Suhairi (@sarahsuhairi) on

“Sebelum ini saya pernah bergandingan dengan penyanyi Afieq Syazwan untuk menjadi pengacara bagi program Megastar Bintang Kecil.”

“Pada mulanya memang saya merasakan agak susah kerana ia sesuatu yang baru, namun, saya mula merasakan mengacara sebenarnya menyeronokkan dan jadi minat pula,’, ujar bintang berusia 20 tahun itu.

 

 

View this post on Instagram

 

BIFF ❤️

A post shared by Sarah Suhairi (@sarahsuhairi) on

Sehubungan itu, pelantun lagu Nyawa & Raga itu berharap agar impiannya itu tercapai dan dapat mengembangkan lagi bakatnya dalam industri tanah air.

“Jika ada apa-apa tawaran untuk mengacara, saya mungkin akan mempertimbangkan tawaran tersebut.”, ujarnya menghabiskan kata.

 

Terdahulu, Sarah Suhairi merupakan  juara program realiti, Big Stage 2018 dan sekaligus mengangkat namanya sebagai penyanyi.

Sumber: Instagram Sarah Suhairi, Gempak

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*