Eyra Hazali Dedikasi Ucapan Buat Suami Sempena Hari Jadi Yang Ke 22

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran suami yang ke-22, pelakon Eyra Hazali ada menitip kata-kata buat imamnya itu di Instagram.

Berkongsi foto di hari pernikahannya, Eyra mendoakan agar suaminya itu diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezekinya selalu.

“Happy Birthday Syurgaku ❤️. I doakan sayang semoga panjang umur,dilimpahkan rezeki yang tak putus2 dan sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Thank you for all the things you’ve done for me. Nama sayang akan selalu dalam doa i. I love you so much Suami ! ❤️”, tulisnya.

 

Di ruangan komen, peminat mula membanjiri dengan ucapan hari jadi buat suaminya serta mendoakan kebahagiaan pasangan sejoli itu.

 

 

View this post on Instagram

 

❤️

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on

 

Terdahulu, bintang drama Mr Grey ini telah mendirikan rumah tangga pada 1 November yang lalu dengan sekali lafaz di Masjid As Syakirin KLCC.

Sumber: Instagram Eyra Hazali

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*