Kl1p ‘Ke Sana Ke Sini’ Dari Bulet1n Utama Buat Netizen Tergelak

Sebagai salah satu usaha untuk mengelakkan wabak C0v1d-19 dari terus merebak, kerajaan telah menyediakan penempatan yang selesa buat golongan gelandangan.

Malah fasiliti yang disediakan itu dipuji dan dibandingkan jauh lebih baik dari negara-negara maju lain seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

 

 

Lebih membuat masyarakat menarik nafas lega, kerajaan juga telah menjanjikan latihan dan pekerjaan kepada golongan-golongan ini sebaik tamat tempoh PKP.

 

 

Terbaru Buletin Utama TV3 telah membuat liputan berkenaan keadaan di pusat komuniti Sentul Perdana yang menempatkan ratusan gelandangan itu dan menemubual beberapa individu yang menghargai usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan golongan tersebut.

 

 

Namun apa yang menarik perhatian penonton adalah beberapa adegan di penempatan itu yang mana tidak seperti tinggal di jalanan, kini mereka mempunyai privasi dan ruang khas untuk diri masing-masing.

Hasilnya, dapat dilihat ada yang lena tidur di tilam masing-masing, seronok berbual antara satu sama lain dan membuat kawan baru, dan paling menghiburkan ada yang meluangkan masa berjoget di dalam kubikel.

 

Selain itu siaran berita itu juga sempat menyertakan versi rap ucapan ‘ke sana ke sini’ perdana menteri yang tular apabila terdapat individu gelandangan yang dilihat buntu mencari jalan pulang ke kubikel.

Laporan tersebut membuat rata-rata netizen ‘tidak percaya’ mereka menonton berita dan berdekah dengan seloroh Buletin Utama TV3 itu.

“aku terkezut jugak tadi…”

 

“Satu rumah gelak…”

 

“dia sesat cari cubicle dia…”

“ado pakcik tu joget2 siap pakai earfone…”

 

“ramai orang tengah depression, anxiety, badmood…”

 

Sumber: Twitter

Kredit: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*