[VIDEO]Teruja! Izara Aishah kongsi video ‘baby bump’ di Instagram.

Setelah berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya yang kini sudah mencecah usia enam bulan, pelakon jelita Izara Aishah berkongsi pula satu rakaman video di laman Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, Izara telah berkongsi ‘baby bump’ nya yang ternyata kelihatan jelas sambil mengusap-usap kandungannya itu.

“🍔 #itsTrue #6months“, tulisnya ringkas.

 

 

View this post on Instagram

 

🍔 #itsTrue #6months

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on

Sehinnga kini, video itu telah mendapat lebih 800 ribu tontonan di Instagram.

Terdahulu, Izara telah mengumumkan bahawa dia kini sedang berbadan dua dan telah menyimpan rahsia itu selama enam bulan sebelum bersedia untuk mendedahkan kepada orang ramai.

Malah, bintang Ombak Rindu The Series itu juga memanjat syukur kerana telah dimakbulkan doanya bersama suami untuk dikurniakan zuriat menjelang tahun 2020.

Sekadar informasi, Izara Aishah telah mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada 17 November 2017.

 

 

View this post on Instagram

 

Suamiku ♥️ yang ni tiada pertanyaan tentang baju jadi saya tutup ruangan la aa 💋🥰

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on

 

 

View this post on Instagram

 

Selamat

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on

Sumber: Instagram Izara Aishah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*