Terbaru, penyanyi Irfan Haris telah memaklumkan bahawa dia akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah, semalam.
Selain Irfan, rombongan itu turut disertai oleh ibu, serta dua adik beradiknya yang lain.
Di kesempatan itu, pelantun lagu Redha telah memohon maaf atas segala silap dan salah yang telah dilakukan dan berdoa agar memberi ketenangna sepanjang menunaikan ibadat disana.
“Salam everyone, in shaa allah sekejap saja lagi saya akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah. saya ingin mohon maaf jika saya pernah lukakan hati sesiapa secara sengaja atau tidak sengaja, doakan saya selamat sampai dan dapat umrah yang mabrur ya semua😢🙏🏼”, tulisnya.
Di ruangan komen pula, peminat turut mendoakan agar penyanyi itu pergi dan pulang dengan selamat.


Sumber: Instagram Irfan Haris
Leave a Reply